Cari:
AS, Jepun, Australia Ikrar Bantah Tindakan Russia di Ukraine
2014-11-16 14:52:57 CRI Cetak

Berita Harian Malaysia melaporkan, AS, Jepun dan Australia berikrar menentang pencerobohan Russia di Crimea semasa mesyuarat tiga pihak yang diadakan di Sidang Kemuncak G20 di Brisbane.

Presiden AS Barack Obama, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, mereka akan menentang "penaklukan Russia ke atas Crimea dan tindakan menggugat kestabilan timur Ukraine" dan komited untuk "mengheret ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17."

Presiden Russia, Vladimir Putin menerima tekanan hebat daripada pemimpin G20 lain berikutan tindakan kerajaannya menyokong pemisah di Ukraine, yang menyebabkan 4,000 orang terkorban dalam konflik itu tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China