Cari:
G20 Keluarkan Pengumuman Brisbane
2014-11-17 13:59:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) Ke-9 berakhir di Brisbane, Austraila sebelum mengeluarkan pengumuman. Menurut pengumuman itu, merancakkan ekonomi sejagat, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan menggalakkan pekerjaan tetap merupakan misi utama pelbagai negara.

Menurut pengumuman tersebut, walaupun pertumbuhan ekonomi di beberapa entiti agak tinggi, namun pemulihan ekonomi global masih perlahan, pertumbuhan di pelbagai wilayah kurang seimbang dan tidak dapat memenuhi keperluan pekerjan, selain risiko pasaran kewangan dan geopolitik masih wujud.

Pemimpin G20 berjanji akan meningkatkan kerjasama untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, lestari dan seimbang. Para pemimpin berpendapat, peningkatan pelaburan global dan pelaburan terhadap infrastuktur amat penting bagi merancakkan ekonomi, menambah peluang kerja dan meningkatkan produktiviti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China