Cari:
Presiden Xi: Bersama-sama Mencipta Masa Depan Hubungan China-New Zealand yang Cerah
2014-11-19 14:47:47 CRI Cetak
Presiden China, Xi Jinping menulis artikel yang bertajuk "Bersama-sama mencipta masa depan hubungan China-New Zealand yang cerah" dan disiarkan melalui akhbar New Zealand Herald sempena lawatan rasminya ke negara itu hari ini.

Menurut artikel itu, hubungan China-New Zealand berkembang maju sejak hubungan diplomatik dijalinkan pada tahun 1972. Kedua-dua negara melaksanakan interaksi dan kerjasama pragmatik yang meluas dalam pelbagai bidang. China telah menjadi rakan dagang dan sumber pelajar luar negara terbesar bagi New Zealand. Dalam pada itu, New Zealand pula merupakan negara maju pertama yang menandatangani dan melaksanakan perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan China. Kerjasama dan persahabatan China-New Zealand memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua negara harus berganding bahu demi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China