Cari:
China Mahu Jalinkan Hubungan Rakan Strategik dengan Negara Pulau Pasifik
2014-11-23 14:54:58 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan rundingan bersama dengan pemimpin-pemimpin negara pulau Pasifik, termasuk Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, Presiden Micronesia, Many Mori, Perdana Menteri Samoa, Tuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi, Perdana Menteri Papua New Guinea, Michael Ogio, Perdana Menteri Vanuatu, Joe Natuman, Perdana Menteri Cook Islands, Henry Puna, Perdana Menteri Tonga, Sialeʻataongo Tuʻivaka, dan Perdana Menteri Niue,Toke Talagi semalam.

Presiden Xi mengemukakan lima cadangan demi mengembangkan hubungan antara China dengan negara pulau Pasifik. Pertama, menjalinkan hubungan rakan strategik yang saling menghormati dan membangun bersama. Kedua, merapatkan interaksi peringkat tinggi. Ketiga, mempergiat kerjasama pragmatik. Keempat, menggalakkan interaksi sosiobudya. Dan kelima, meningkatkan koordinasi multilateral.

Pemimpin negara pulau Pasifik merakamkan terima kasih atas lawatan Presiden Xi kali ini dan menunjukkan keinginan kuat untuk menjalinkan hubungan rakan strategik dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China