Cari:
Setiausaha Pertahanan AS Letak Jawatan
2014-11-25 13:18:19 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama semalam mengumumkan beliau menerima surat peletakan jawatan Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel.

Ketika berucap di Rumah Putih, Obama menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap sumbangan Hagel dalam usaha mendorong pengunduran tentera AS dari Afghanistan, membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) dan menangani wabak Ebola.

Menurut Obama, Hagel akan meneruskan tugasnya di Pentagon sehingga penggantinya dilantik.

Hagel yang berusia 68 tahun dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan pada Februari 2013. Beliau merupakan anggota kabinet pertama yang meletakkan jawatan selepas Parti Demokratik pimpinan Obama gagal dalam pemilihan pertengahan penggal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China