Cari:
Rakyat DPRK Bantah Resolusi HAM PBB
2014-11-26 13:55:37 CRI Cetak

Lebih 100 ribu penduduk Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menyertai demonstrasi di Lapangan Kim Il-sung, Pyongyang pada 25 November untuk membantah resolusi PBB berhubung hak asasi manusia (HAM) DPRK serta tindakan AS dan kuasa yang mengikutnya membangkitkan isu tersebut.

Dalam perhimpunan itu, Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPK), Kim Ki-nam telah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pertahanan negara itu baru-baru ini. Dalam kenyataan itu, DPRK memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas AS dan pengikutnya sekiranya mereka terus bertindak memburuk-burukkan nama baik DPRK dan cuba menggulingkan sistem sosialis negara itu.

Kenyataan itu menyebut, resolusi berkenaan digubal berdasarkan kata-kata saksi yang palsu daripada warga DPRK yang melarikan diri dari negara itu. Resolusi yang dimanipulasi oleh AS itu berniat untuk merosakkan kedaulatan DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China