Cari:
China Gesa Kerjasama Antarabangsa Buru Suspek Rasuah
2014-11-26 16:47:47 CRI Cetak

China menggesa negara-negara terlibat meningkatkan kerjasama dalam usaha memburu suspek warga China terlibat dalam kegiatan rasuah yang melarikan diri ke seberang laut, khususnya ke AS, Kanada dan Australia. Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Triti dan Undang-undang, Kementerian Luar China, Xu Hong di Beijing hari ini.

Xu berkata, usaha memburu suspek berkenaan kini berdepan dengan kesukaran akibat wujudnya sistem sosial dan kehakiman yang berbeza antara pelbagai negara. Namun, kesukaran itu mampu diatasi jika negara-negara terbabit boleh mengukuhkan kesungguhan politik dan mengetepikan prasangka. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China