Cari:
Jepun Digesa Henti Tindakan Jejas Kedaulatan China
2014-11-27 16:44:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Misi rondaan oleh armada kapal pengawal pantai China di perairan Pulau Diaoyu selaras dengan usaha mempertahankan kedaulatan negara ini. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menyentuh tentang bantahan Jepun terhadap operasi China itu, Hua berkata, Jepun tidak berhak membangkitkan perkara ini. China menggesa Jepun menghentikan segala tindakan yang menjejaskan kedaulatan China.

Beliau turut menegaskan semula bahawa Pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya merupakan wilayah milik China sejak zaman dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China