Enam buah taman di Beijing, termasuk Taman Yihe, Taman Tiantan dan Taman Beihai dilaporkan buat julung kalinya mempromosikan laluan pelancongan pemimpin APEC. Enam taman tersebut pernah menerima lawatan pemimpin pelbagai negara dan isteri mereka serta delegasi yang menyertai persidangan APEC pada awal bulan November lalu.
Pada 11 November lalu, isteri Presiden China, Peng Liyuan menemani isteri sembilan pemimpin negara lain untuk melawat Taman Yihe. Laluan kunjungan mereka telah dimaklumatkan semalam oleh pengurus Taman Yihe bagi membolehkan para pelancong melawat tiga destinasi utama dalam masa hanya dua jam.