Cari:
Putin: Sekatan Terhadap Rusia Ancam Ketenteraman Dunia
2014-11-29 16:36:29 CRI Cetak

Sekatan yang dikenakan negara Barat terhadap Rusia akan mengancam ketenteraman dunia, sedangkan Rusia komited mematuhi konvensyen antarabangsa yang telah dimeterai dan melaksanakan kewajiban antarabangsa berkenaan. Demikian dinyatakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam temu bual bersama wartawan Agensi Berita Anadolu Turki sebelum memulakan lawatan ke Turki semalam.

Putin berkata, sekatan terhadap Rusia yang dikenakan secara sepihak oleh sesetengah negara Barat termasuk AS, Kesatuan Eropah dan Australia adalah tidak sah. Tindakan itu bukan sahaja akan mendatangkan kerugian secara langsung kepada ekonomi dunia, malah mengancam ketenteraman dunia. Sekatan itu tidak akan berkesan.

Tambah beliau, Rusia akan membalas sekatan itu dengan kaedah yang seimbang berdasarkan hak dan kewajipan Rusia di arena antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China