Cari:
Perhimpunan Sempena Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin di Lubnan
2014-11-29 16:37:10 CRI Cetak

Perhimpunan untuk memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sosioekonomi Asia Barat PBB di Beirut, ibu negara Lubnan semalam. Aktiviti itu dihadiri oleh pegawai kerajaan Lubnan dan Palestin, serta tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat dan pegawai PBB.

Penyelaras khas PBB di Lubnan, Derek Plumbly telah membaca surat Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam perhimpunan itu. Ban dalam surat itu menggesa Palestin dan Israel segera menamatkan konflik dan kembali ke meja rundingan.

Tambah beliau, konflik tidak boleh ditamatkan melalui konfrontasi dan tindakan ganas, sebaliknya hanya melalui rundingan dan saluran politik berdasarkan resolusi PBB yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China