Cari:
China Komited Pertahan Pembangunan Damai, Kepentingan Teras
2014-11-30 16:50:51 CRI Cetak

China perlu mengamalkan pendekatan diplomatik tersendiri yang sesuai dengan peranannya sebagai negara besar dengan menghimpun pengalaman dan memperkayakan gagasan diplomatik dari semasa ke semasa. Demikian dinyatakan oleh Presiden Xi Jinping ketika berucap dalam Persidangan Pusat Mengenai Hal-ehwal Luar di Beijing baru-baru ini.

Presiden Xi menegaskan bahawa dunia semasa sedang mengalami perubahan, yang dipenuhi peluang dan cabaran baharu, selain pengubahsuaian yang mendalam dari segi sistem antarabangsa dan order antarabangsa.

Kata beliau, China tetap menikmati peluang pembangunan yang besar pada masa ini. Negara ini perlu memberikan perhatian kepada pelbagai risiko dan cabaran, dan mengubah mereka menjadi peluang untuk pembangunan negara.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan laluan pembangunan secara damai, di samping mempertahankan kepentingan teras negara.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China