Cari:
Wang Ning Hadiri Sidang Dialog Ketua Turus Agung Tentera Negara Asia Selatan dan Asia Tenggara
2014-12-01 13:56:22 CRI Cetak

Wang Ning, Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat Chnia

Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China, Wang Ning telah menghadiri Sidang Dialog Ketua Turus Agung Tentera Negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang diadakan di Colombo, Sri Lanka baru-baru ini. Beliau turut menyampaikan ucapan yang bertajuk "Meningkatkan kerjasama dan bersama-sama mengatasi bencana" dalam sidang itu.

Wang Ning menyatakan bahawa proses integrasi ekonomi sejagat semakin pesat dan pola dunia mengalami perubahan besar, ancaman keselamatan bukan tradisional semakin menonjol, bencana alam sering berlaku dan merentasi sempadan. Bekerjasama untuk mengatasi bencana alam telah menjadi tanggungjawab bersama angkatan tentera pelbagai negara.

Wang Ning menegaskan bahawa tentara China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak meningkatkan dialog dan berkongsi pengalaman maju, membina mekanisme kerjasama, meningkatkan taraf kerjasama, memperkasakan kerjasama pragmatik dan meningkatkan pembinaan kemampuan, bersama-sama dengan negara serantau mengatasi bencana alam, memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan mewujudkan suasana baik kepada pembangunan sosioekonomi serantau.

Sidang kali ini turut disertai pemimpin atau wakil angkatan tentera negara Asia Tenggara dan Asia Selatan termasuk Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India. China dan Rusia sebagai negara pemerhati diundang menyertai sidang itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China