Cari:
Pesakit dan Orang Dijangkiti Virus AIDS di China Catat 497 Ribu Orang
2014-12-01 14:11:24 CRI Cetak

Aktiviti Hari AIDS Sedunia 2014 yang bertema Zaman Belia yang Baik Dikuasai Diriku-Lawatan Duta Kesihatan Reben Merah ke Kampus" beroperasi di Beijing semalam. Dalam majlis pelancaran aktiviti itu, Naib Menteri Suruhanjaya Populasi dan Perancang Keluarga Negara China, Wang Guoqiang memaklumkan bahawa sejak kes penyakit AIDS pertama dikesan di China pada tahun 1985 hingga penghujung bulan Oktober lalu, pesakit yang masih hidup dan orang yang dijangkiti virus AIDS mencatat 497 ribu orang dan kes kematian mencatat 154 ribu.

Penyakit AIDS merupakan isu kesihatan awam utama yang dihadapi seluruh dunia. China memberikan perhatian yang amat besar dalam usaha pencegahan dan rawatan penyakit AIDS dengan mengeluarkan Undang-undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Jangkitan dan Peraturan Pencegahan dan Rawatan Penyakit AIDS, di samping mengeluarkan dasar mengenai pemeriksaan percuma, rawatan antivirus, pencegahan penularan HIV dari Ibu ke Bayi(PMTCT) dan bantuan kepada anak yatim disebabkan AIDS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China