Menurut media Rusia, sebuah kapal nelayan Republik Korea karam di kawasan perairan di timur Rusia semalam. Seramai tujuh orang diselamatkan, manakala terdapat seorang maut dan 54 lagi dilaporkan hilang.
Menurut laporan Angesi Berita Republik Korea, kapal itu membawa 11 anak kapal warga RoK dan lebih 50 lagi yang datang dari Indonesia, Filipina dan Rusia.
Pusat Penyelarasan Penyelamatan Maritim Petropavlovsk-kamchatskiy memaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku pada pukul lima petang semalam waktu tempatan. Tiga kapal nelayan Rusia yang berada di sekitar bergegas ke kawasan terbabit dan berusaha untuk menyelamat.