Cari:
China Ingatkan Tokoh Britain Jangan Rumitkan Isu Hong Kong
2014-12-03 13:02:34 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa jika sesetengah tokoh Britain mahu terus merumitkan isu Hong Kong, akhirnya akan mengangkat batu kaki sendiri yang tertimpa.

Menurut maklumat berkenaan, baru-baru ini, jurucakap pejabat Perdana Menteri Britain Camelon mengatakan bahawa tindakan China yang melarang kumpulan penyiasat Britain memasuki Hong Kong adalah salah dan akan menimbulkan keprihatinan yang lebih mendalam pihak Britain terhadap Hong Kong. Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar Parlimen Britain, Richard Ottaway menyatakan bahawa pihak Britain tidak pernah menganggap diri sendiri sebagai penjajah dan berhak menyiasat sama ada pihak China menunaikan janji atau tidak.

Hua Chunying menyatakan bahawa China telah berulang kali menegaskan prinsip dan pendirian China dalam isu Hong Kong. Protes "Menduduki Kawasan Central" Hong Kong melanggar undang-undang China. Kerajaan pusat China menyokong kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong menangani perkara itu di sisi undang-undang. China menentang tegas sebarang kerajaan, agensi atau individu negara lain mencampuri hal ehwal Hong Kong dengan apa jua cara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China