Cari:
Forum Internet China-A.S. Ke-7 di Washington
2014-12-03 14:26:38 CRI Cetak

Forum Internet China-A.S. Ke-7 yang bertemakan "Dialog dan Kerjasama" dirasmikan di Washington semalam. Ketua Pengarah Pejabat Maklumat Internet Negara China, Lu Wei dan Naib Setiausaha Negara A.S.,Catherine Novelli menghadiri forum itu dan menyampaikan ucapan.

Dalam ucapannya, Lu Wei mengeluarkan cadangan lima perkara tentang interaksi dalam bidang internet antara China dan A.S., iaitu kedua-dua pihak saling mengagumi dan bukan saling menidakkan, saling menghormati dan buka saling menuduh, berkongsi dan menangani masalah bersama-sama dan bukan hanya mementingkan pada penyempurnaan diri, berinteraksi untuk saling mempercayai dan bukan saling mencurigai, bekerjasama untuk mewujudkan situasi menang-menang dan bukan bertanding dengan sia-sia.

Nobelli dalam ucapannya menyatakan bahawa China dan A.S. sepatutnya menjalankan kerjasama dalam bidang internet. Selain mengekalkan kerjasama teknologi, kedua-dua pihak juga mempunyai ruang kerjasama yang luas dan kepentingan bersama dalam bidang keselamatan siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China