Selepas memulangkan Hong Kong kepada China, Britain tidak mempunyai kedaulatan, hak pentadbiran dan hak penyeliaan terhadap Hong Kong, dan apa yang disebut "tanggungjawab moral" juga tidak wujud. Keniatan Britain untuk mencampuri urusan dalaman China dengan dalih "tanggungjawab moral" mustahil berjaya. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar petang tadi.
Menurut Hua Chunying, Hong Kong telah dipulangkan kepada China pada tahun 1997 dan menjadi wilayah pentadbiran khas China. Apa yang disebut "tanggungjawab moral" yang dikemukakan oleh beberapa orang Britain adalah untuk mengacaukan pandangan dan mencampuri urusan dalaman China. Keniatan ini tidak boleh diterima oleh China dan juga tentu tidak akan berjaya.