Cari:
China Akan Bentuk Sistem Katalog Jenama Produk Pertanian
2014-12-04 13:58:21 CRI Cetak

China akan membentuk sistem katalog jenama produk pertanian dan mengumumkan secara berkala jenama produk berkenaan bagi mendorong perkembangan produk pertanian berjenama.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pasaran dan Maklumat Ekonomi Kementerian Pertanian China Zhang Hecheng, jenama amat penting bagi pengguna produk pertanian. Jenama terkenal seperti beras Thailand dan tulip Belanda paling dikenali pengguna di arena antarabangsa.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah cap dagang produk pertanian yang didaftar di China telah meningkat kepada 1.25 juta pada tahun 2012 daripada 600 ribu pada tahun 2008.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China