Cari:
Xi Jinping:Tingkatkan Kesedaran Perlembagaan dan Dorong Pelaksanaan Perlembagaan
2014-12-04 15:06:08 CRI Cetak

Sempena Hari Perlembagaan Nasional China yang jatuh pada hari ini, Presiden China Xi Jinping mengeluarkan arahan penting yang menegaskan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang negara yang asas, peraturan pentadiran negara dan menggambarkan tekad parti dan rakyat. Perlembagaan mempunyai kedudukan, kewibawaan dan fungsi undang-undang pada tahap paling tinggi. Perlembagaan China bersesuaian dengan keadaan negara dan realiti serta memenuhi keperluan pembangunan pada zaman ini. Perlembagaan ini juga merupakan jaminan sistem undang-undang asas bagi negara dan rakyat China mengatasi perlbagai kesukaran, menghadapi ujian dan risiko serta membangunkan sosialisme yang bercirikan China. Dalam usaha mentadbir urus negara di sisi undang-undang, perlu mengekalkan mentadbir urus negara berdasarkan Perlembagaan. Selain itu, dengan menyambut Hari Perlembagaan, kerajaan melancarkan aktiviti memperkenalkan pengetahuan dan menyemarakkan semangat Perlembagaan agar kesedaran Perlembagaan ditingkatkan dengan benar-benar di kalangan rakyat, mendorong pelaksanaan Perlembagaan dengan menyeluruh.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China