Cari:
Tindakan Pertentangan Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar Parlimen Britain Tidak Berfaedah bagi Hubungan China-Britain
2014-12-04 15:07:41 CRI Cetak

Jurucakap Kedutaan Besar China ke Britain menyatakan semalam bahawa Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar Parlimen Britain tidak mempedulikan bantahan berulang kali pihak China dan terus merancang "melawat" ke Hong Kong yang sebenarnya melakukan siasatan. Tindakan pertentangan itu adalah salah dan tidak berfaedah bagi perkembangan hubungan China-Britain dengan sihat. Oleh yang demikian, China terpaksa memberi respons yang sewajarnya dengan menjalankan hak kedaulatan bagi memelihara kepentingan sendiri.

Jurucakap tersebut menyatakan bahawa Hong Kong telah dipulangkan kepada China pada tahun 1997 dan menjadi wilayah pentadbiran khas China, hal ehwal Hong Kong merupakan urusan dalaman China. China menentang tegas sebarang kerajaan, agensi atau individu negara lain dengan apa jua cara mencampuri hal ehwal Hong Kong dan urusan dalaman China.

Jurucakap itu berharap kerajaan, Parlimen dan pegawai berkenaan Britain menghormati pendirian China dalam isu Hong Kong, memelihara hubungan persahabatan kedua-dua negara, mengambil tindakan yang berfaedah kepada kemakmuran, kestabilan dan pembangunan Hong Kong agar mewujudkan syarat yang baik bagi perkembangan hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China