Cari:
Masa Diperlukan bagi Kemenangan dalam Peperangan terhadap IS
2014-12-04 16:03:02 CRI Cetak

Pakatan Antarabangsa Peperangan Negara Islam (IS) yang diketuai A.S. menegaskan semalam bahawa operasi peperangan masih memerlukan usaha dalam jangka masa yang panjang untuk mencapai kemenangan, mana kala usaha ini juga memerlukan perpaduan dan penyelarasan yang berterusan.

Pakatan Antarabangsa itu mengadakan mesyuarat peringkat menteri di Brussels semalam. Wakil-wakil dari lebih 60 negara dan pihak yang terlibat termasuk A.S. , Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman, Britain, Kanada, Mesir, Iraq menyertai mesyuarat tersebut.

Pengumuman bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu berakhir berbunyi, kemaraan IS di Iraq dan Syria telah dikekang dan tentera Iraq dan kekuatan bersenjata di kawasan Kurd sedang menawan semula wilayah Iraq atas sokongan pakatan antarabangsa itu. Selain itu, berikutan kerjasama antarabangsa, sumber dana dan usaha merekrut anggota baharu IS telah menghadapi kesukaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China