Cari:
Penubuhan ICCPVT Menjadi Contoh Kerjasama Antarabangsa
2014-12-05 13:58:57 CRI Cetak

Jawatankuasa Koordinasi Antarabangsa Kuil Preah Vihear (ICCPVT) ditubuhkan dan turut diadakan sidang pertamanya di Siem Reap, Kemboja kelmarin. Sidang itu mendesak pihak-pihak terbabit patut meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan mendorong perlindungan warisan budaya dunia. Sembilan negara anggota giat menyatakan sikap mereka dalam sidang itu dan berpendapat bahawa sidang kali ini akan menjadi satu contoh dalam menjayakan kerjasama antarabangsa. Wakil kemboja dan Thailand menegaskan bahawa sidang kali ini membuka lembaran baharu untuk dialog dan kerjasama yang berdasarkan persefahaman antara kedua-dua negara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sok An ketika menyampai ucapan dalam majlis perasmian sidang itu telah berkata bahawa beliau mengucapkan terima kasih kepada UNESCO, khususnya China dan India yang berperanan sebagai negara pengerusi bersama ICCPVT. Sok An juga menyatakan, sidang kali ini bertujuan untuk mencari sokongan modal dan teknikal dari rakan kerjasama antarabangsa demi memelihara dan meneroka sumber pelancongan di tapak sejarah kuil Preah Vihear.

Setiausaha Agung UNESCO bagi Jawatankuasa kebangsaan China, Du Yue menyatakan bahawa kerajaan China akan giat menyertai kerja jawatankuasa koordinasi berkenaan untuk memberi sumbangan bagi perlindungan dan pemeliharaan kuil Preah Vihear.

Timbalan Menteri Luar Thailand, Nuttavudh Phoisaro dalam sidang itu menegaskan bahawa dalam kerja ICCPVT pada masa depan, Thailand akan bekerjasama dengan Kemboja secara menyeluruh. Tambah beliau, Thailand bersedia mendorong kerja ICCPVT dari aspek kemahiran profesional.

Pengerusi Persidangan ke-37 UNESCO, Hao Ping ketika menyampaikan ucapan dalam sidang tersebut telah berkata bahawa perlindungan dan pewarisan harta peninggalan dunia untuk generasi berikut amat penting bagi pembangunan sosial. Penubuhan ICCPVT akan memainkan peranan penting untuk memelihara warisan budaya berkenaan. Beliau berharap supaya ICCPVT dapat beroperasi mengikut pandangan nilai utama UNESCO, iaitu keamanan, memahami, perkembangan dan kerjasama.

Perlu juga ditegaskan bahawa, kedua-dua negara Kemboja dan Thailand pun menyatakan bahawa mesyuarat itu membuka lembaran baharu dalam dialog dan kerjasama yang berdasarkan persefahaman dua hala. Hao Ping berpendapat bahawa sikap Kemboja dan Thailand sebegitu dilihat dapat membantu menggalakkan pertukaran bilateral dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China