Cari:
Wakil China: Negara-negara Maju Wajib Main Peranan Penting Tangani Perubahan Iklim Global
2014-12-05 15:54:03 CRI Cetak

Naib ketua delegasi China, Su Wei yang menyertai Persidangan Perubahan Iklim PBB di Lima menyatakan, China sentiasa berusaha untuk menggalakkan persidangan itu mencapai kemajuan. Beliau menegaskan, negara-negara maju harus memainkan peranan penting dalam menangani perubahan iklim global.

Su Wei berkata, persidangan di Lima ini amat bermakna bagi memertai satu perjanjian baharu yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang untuk menghadapi cabaran perubahan iklim selepas tahun 2020.

Beliau menambah, walaupun China dan A.S. mengeluarkan pengumuman bersama, namun tindakan yang diambil oleh kedua-dua negara adalah berbeza berikutan A.S. merupakan negara maju, manakala China adalah negara membangun.

Menurut Su Wei, berdasarkan Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Protokol Kyoto, Jepun diharapkan memainkan peranan penting dalam mewujudkan perjanjian Paris yang baharu pada tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China