Cari:
RoK, AS Bincang Isu Nuklear DPRK
2014-12-06 15:09:14 CRI Cetak

Ketua delegasi Republik Korea (RoK) bagi rundingan enam pihak, Hwang Joon-kook menerima kunjungan Naib Setiausaha Jabatan Negara AS bagi hal-ehwal Asia-Pasifik Timur yang juga wakil khas bagi polisi DPRK, Sung Kim di RoK semalam.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, inilah pertemuan pertama antara ketua delegasi RoK dan AS selepas diadakannya pemilihan pertengahan penggal di AS dan lawatan Choe Ryong Hae sebagai utusan khas pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Jong-un ke Rusia. Kedua-dua pihak itu menyelaraskan polisi terhadap DPRK pada masa hadapan.

Sung Kim dalam sidang media berkata, tindakan menyambung semula dialog berhubung isu nuklear DPRK adalah kurang bijaksana sebelum mengesahkan sikap negara itu yang ikhlas dan pratikal dalam usaha mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear. Sung Kim menegaskan, DPRK sepatutnya bertindak untuk membuktikan janjinya.

Tambah Sung Kim, AS sentiasa memberikan lampu hijau kepada DPRK asalkan negara itu menampilkan keikhlasan untuk melakukan dialog pragmatik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China