Cari:
Mesyuarat Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China di Beijing
2014-12-06 15:02:52 CRI Cetak

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) mengadakan mesyuarat untuk menganalisis dan membincangkan kerja ekonomi pada tahun 2015. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden China, Xi Jinping.

Mesyuarat itu menganggap bahawa sejak tahun ini, Jawatankuasa Pusat PKC dan Dewan Negara China telah melaksanakan pelbagai dasar yang digubal dalam mesyuarat tahun lalu dan berjaya mewujudkan pembangunan sosioekonomi yang mantap dan berterusan, prestasi keseluruhan ekonomi China adalah baik.

Mesyuarat itu menegaskan bahawa pembangunan ekonomi China telah memasuki fasa perkembangan baharu, mempunyai potensi dan ruangan perkembangan besar. Ini telah menyediakan syarat yang baik bagi memastikan pembangunan ekonomi dengan sihat dan berterusan pada masa depan. Serentak itu, pembangunan ekonomi juga menghadapi banyak kesukaran dan cabaran yang perlu diatasi dengan sempurna.

Mesyuarat itu menyatakan bahawa tahun 2015 merupakan tahun terakhir bagi Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-12, pelbagai pihak diharap bersesuaian dengan situasi ekonomi baharu, mengekalkan ekonomi berkembang dalam julat yang rasional, mengutamakan transformasi dan penyusunan semula struktur, terus menjalankan pembaharuan dan inovasi di samping meningkatkan pencegahan dan kawalan terhadap risiko dan menjamin kehidupan rakyat, menggalakkan ekonomi berkembang dengan sihat dan berterusasn serta mewujudkan keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China