Cari:
China Tolak dan Tidak Sertai Proses Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2014-12-07 15:08:44 CRI Cetak

Kementerian Luar China hari ini diberi mandat untuk mengeluarkan Dokumen Pendirian Kerajaan China mengenai Filipina Membawa Isu Hak Penguasaan Laut China Selatan ke Tribunal Timbang Tara. Dokumen itu menegaskan lagi pendirian China yang menolak dan tidak menyertai proses timbang tara itu.

Pada 22 Januari 2013, Filipina secara sepihak membawa isu Laut China Selatan ke tribunal timbang tara antarabangsa. Kemudian, Filipina tidak mempedulikan tentangan China dan dengan degil mendorong proses timbang tara itu.

Dokumen itu menunjukkan bahawa perkara yang dibawa ke tribunal timbang tara Filipina tersebut sebenarnya adalah isu kedaulatan wilayah beberapa pulau dan terumbu di Laut China Selatan. Ini telah melampaui batasan Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut , dan tribunal timbang tara tidak berhak membicarakan kes itu.

Dokumen itu menyatakan bahawa penyelesaian pertikaian Laut China Selatan secara rundingan merupakan perjanjian China dan Filipina melalui dokumen dua hala dan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC). Tindakan Filipina yang secara sepihak membawa pertikaian itu ke mahkamah timbang tara telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Dokumen itu menegaskan bahawa tribunal timbang tara tidak mempunyai hak penguasaan terhadap kes yang dikemukakan oleh Filipina, di samping semua negara berhak memilih secara bebas kaedah penyelesaikan pertikaian. Dengan ini, tindakan China menolak dan tidak menyertai proses timbang tara itu adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Dokumen itu akhirnya menyatakan bahawa tindakan Filipina itu tidak dapat mengubah sejarah dan hakikat mengenai China mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau-pulau dan kawasan perairan di Laut China Selatan, keazaman dan tekad China untuk memelihara kedaulatan dan kepentingan laut tidak akan menjadi pudar. China tetap berpendirian menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan langsung dan bersama-sama dengan negara di rantau ini memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China