Cari:
China, AS Sepakat Perkasakan Interaksi Positif di Rantau Asia
2014-12-10 10:58:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin ketika membuat lawatan di AS mengadakan rundingan berhubung hal-ehwal Asia dengan Penolong Setiausaha Negara AS, Daniel Russel di Washington pada 8 Disember lalu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai dasar Asia, kerjasama rantau di Asia serta integrasi rantau dan sepakat berpendapat China dan AS memperkasakan interaksi positif di rantau Asia merupakan komponen penting dalam pembangunan hubungan negara gergasi jenis baharu. Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengekalkan komunikasi dan penyelarasan mengenai hal ini.

Dalam tempoh lawatan Liu di AS, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Pemangku Timbalan Setiausaha Negara Eksekutif AS, Wendy Sherman dan Ketua Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Kebangsaan White House bagi Hal-Ehwal Asia, Evan Medeiros.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China