Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, usaha menghadapi cabaran perubahan iklim memerlukan kerjasama masyarakat antarabangsa jangka masa panjang.
China, AS dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai perjanjian untuk mengawal jumlah pelepasan gas rumah hijau baru-baru ini. Langkah tersebut bermanfaat bagi mengawal pemanasan global. Selain itu, pelbagai negara juga perlu berusaha secara berterusan dalam bidang tersebut.
Tugas yang penting pada masa ini ialah mewujudkan sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2020 dan mengurangkan jumlah pelepasan agar meletakkan asas bagi mencapai perjanjian baharu pada tahun 2015.