Cari:
Menteri Palesin Maut di Tangan Israel
2014-12-11 13:41:40 CRI Cetak

Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) atas dasar luar dan keselamatan, Federica Mogherini dalam kenyataan semalam menyeru agar siasatan berkecuali atas punca kematian Ziad Abu Ein, menteri tanpa portfolio yang mengetuai Jawatankuasa Penempatan dan Antipenjajahan penduduk Palestin di bawah pimpinan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA), dapat segera dilakukan.

Ziad Abu Ein (kiri kedua)

Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan mengingatkan masyarakat antarabangsa betapa meruncingnya situasi semasa di kawasan Palestin dan Israel. Mogherini berkata, laporan tentang pasukan keselamatan Israel yang menggunakan kekerasan secara berlebihan memang membimbangkan. Beliau berharap agar pihak-pihak yang terbabit dapat bertenang dan jangan bertindak memanaskan konflik hingga ke tahap yang lebih berbahaya.

Pihak berkuasa Palestin semalam mengesahkan, Ziad Abu Ein meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital selepas dihentak pada bahagian dada oleh tentera Israel yang menggunakan bucu senapang apabila menyertai satu bantahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China