Perdana Menteri China, Li Keqiang akan melawat Kazakhstan, menghadiri Sidang Pemimpin Ke-5 Kerjasama Ekonomi Sub-Kawasan Sungai Mekong dan Sidang Ke-13 Majlis Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).
Demikian diterangkan oleh Naib Menteri Luar China, Wang Chao di Beijing semalam.
Wang Chao menambah bahawa sub-kawasan Sungai Mekong merupakan kawasan penting di Asia dan juga lokomotif yang berpotensi bagi pertumbuhan serantau. Persidangan yang bertemakan "Wujudkan Perkembangan yang Inklusif dan Berterusan di Sub-Kawasan Sungai Mekong" akan diadakan untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta kesalinghubungan serantau, meningkatkan hubungan rakan pelbagai negara dan menunjukkan arah kerjasama pada masa depan.








