Cari:
Rusia Sediakan Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Ke Timur Ukraine
2014-12-13 16:05:46 CRI Cetak

Berdasakan Jabatan Kecemasan Rusia, negaranya menyediakan barang bantuan kemanusiaan fasa ke-9 kepada kawasan timur Ukraine semalam. Pada hari yang sama, Kementerian Luar Rusia mengumumkan, Akta "Sokong Kebebasan Ukraine" yang baru sahaja diluluskan oleh Senat A.S. merupakan konfrontasi secara terang-terangan.

Dilaporkan bahawa lebih kurang 1,200 tan barang bantuan kemanusiaan Rusia telah dihantar ke kawasan Timur Ukraine. Antaranya, kebanyakan merupakan makanan, dan terdapat juga barang-barang keperluan harian.

Memandangkan Senat A.S. meluluskan Akta "Sokong Kebebasan Ukraine" pada 11 Disember lalu, Rusia segera mengumumkan bahawa akta itu merupakan dasar konfrontasi secara terang-terangan terhadap Rusia. Negaranya tidak akan bertunduk kepada ancaman A.S., tidak akan mengorbankan kepentingan negara dan juga tidak akan membiarkan campur tangan terhadap hal ehwal dalamannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China