Cari:
Ingati Sejarah, Maju ke Hadapan
2014-12-13 15:19:31 CRI Cetak

Akhbar China People's Daily menerbitkan sebuah rencana pengarang yang bertemakan "Bentuk Ingatan Negara bagi Pertahankan Keadilan" sempena Hari Perkabungan Negara pertama di China hari ini.

Rencana itu berbunyi, bersempena dengan hari yang tidak boleh dilupakan itu, seluruh masyarakat China menyampaikan takziah yang mendalam kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai Nanjing pada 77 tahun lalu serta saudara setanah air yang maut semasa penjajahan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Sejarah perjuangan bangsa China yang terpahat dalam ingatan rakyat selama-lamanya ini merupakan keazaman untuk mempertahankan kedamaian, malahan sumber kuasa kepada usaha memberikan nafas baru kepada bangsa itu.

China melalui tindakan menentukan Hari Perkabungan Negara memaklumi masyarakat antarabangsa bahawa hanya dengan memandang tepat sejarah barulah dapat melangkah maju ke hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China