Cari:
China, AS Perkasakan Kerjasama Perdagangan
2014-12-13 15:24:00 CRI Cetak

Sidang Suruhanjaya Bersama Perniagaan dan Perdagangan China-AS ke-25 akan dirasmikan di Chicago bermula 16 hingga 18 Disember nanti. Setiausaha Perdagangan AS, Penny Pritzker dalam taklimat media di Washington semalam menyatakan, pihaknya berharap agar sidang kali ini dapat memperkasakan kerjasama dan interaksi antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, wakil dagang AS, Michael Froman menambah, negara itu berharap agar memperluas kepentingan bersama dan menggalakkan penghormatan satu sama lain. Menurutnya, kepentingan bersama bererti peningkatan perdagangan dua hala, penciptaan suasana persaingan yang adil dan pengurangan sekatan pelaburan, manakala saling menghormati yakni melakukan dialog secara ikhlas mengenai bidang-bidang yang wujud perselisihan sehingga menemui kaedah-kaedah yang inovatif bagi mengecilkan percanggahan pendapat.

Dimaklumkan, rundingan berkaitan perjanjian pelaburan dua hala menjadi fokus utama antara program kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara. Froman mendakwa, walaupun kemajuan yang memuaskan tercapai dalam sesetengah bidang, tetapi beberapa banyak masalah yang melibatkan dokumen serta hubungan bilateral masih belum diselesaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China