Cari:
Li Keqiang: Kerjasama China-Kazakhstan Akan Dinaik Taraf
2014-12-14 15:10:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebelum lawatan rasmi ke Kazakhstan, Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam rencananya yang diterbitkan dalam akhbar Kazakhstan, Aikyn Gazeti pada 13 Disember lalu berpendapat kerjasama China dan Kazakhstan akan sekali lagi dinaik taraf.

Li menyatakan bahawa jumlah ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara mengekalkan pertumbuhan tinggi pada hampir 20% pada tahun-tahun kebelakangan ini. Penaiktarafan kerjasama dua hala akan mendatangkan lebih banyak faedah dan kepentingan kepada China dan Kazakhstan pada masa depan.

Li berpendapat, seiring dengan pembangunan jalur ekonomi Laluan Sutera memasuki fasa perlaksanaannya, kerjasama kedua-dua negara akan melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Li mendedahkan pula, misi utama dalam lawatan beliau ke Kazakhstan kali ini ialah bersama dengan rakan sejawatnya, Karim Massimov untuk mengadakan Pertemuan Berkala Perdana Menteri China-Kazakhstan, dan juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev untuk bersama-sama merangka kerjasama dua hala pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China