Cari:
Britain Bakal Tambah Tentera ke Iraq
2014-12-14 15:36:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Britain bakal menghantar beratus-ratus anggota tentera ke Iraq pada bulan Januari tahun 2015.

Demikian disahkan oleh Menteri Pertahanan Negara Britain, Michael Fallon pada 13 Disember lalu.

Menurut Fallon, penambahan anggota tentera kali ini bukan untuk menyertai tindakan serangan udara, tetapi untuk membantu melatih tentera kerajaan Iraq bagi meningkatkan kecekapan dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Beliau berkata, kini, memandangkan pelampau IS terutamanya menyembunyikan diri di kawasan desa, tentera kerajaan terpaksa menghadapi banyak serangan bom kereta dan serangan bom jalanan. Dengan demikian, Britain akan menyediakan latihan dan bantuan kepada mereka untuk menghadapi serangan bom.

Kira-kira 50 anggota tentera dari Britain dilaporkan membantu melatih tentera kerajaan di Iraq pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China