Perdana Menteri China, Li Keqiang berlepas dari Beijing pagi tadi untuk memulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dan mengadakan pertemuan berkala kedua Perdana Menteri China-Kazakhstan. Beliau turut akan menghadiri Mesyuarat ke-13 Majlis Pemimpin Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). Selepas itu, PM Li atas undangan Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vučić dan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha turut akan mengadakan lawatan rasmi ke Serbia dan menghadiri Pertemuan Pemimpin China-Eropah Timur ke-3, dan akhirnya bertolak ke Thailand untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ke-5 Kerjasama Eknomi Subkawasan Sungai Mekong (GMS).