Cari:
Rakyat Jepun Peringati Tragedi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing
2014-12-14 14:56:43 CRI Cetak

Pertubuhan kalangan rakyat, sarjana dan orang awam Jepun masing-masing mengadakan kegiatan untuk memperingati ulang tahun ke-77 tragedi pembunuhan beramai-ramai Nanjing dan menyeru orang ramai mengimbas kembali sejarah dan menghargai keamanan.

Sarjana Jepun mengadakan forum di Tokyo semalam untuk membincangkan kaedah menghadapi kegiatan revisionis sejarah. Menurut pihak penganjur, kuasa sayap kanan menafikan tragedi pembunuhan beramai-ramai Nanjing, namun kenyataan sejarah membuktikan berlakunya tragedi itu, yang pun tercatat dalam sejarah Jepun sendiri. Sayangnya, meskipun berdepan dengan banyak kenyataan sejarah, kecenderungan revisionis tidak dapat dihalang atau diubah.

Pertubuhan kalangan rakyat Jepun "Stone Lions of Osaka Castle" dan "Osaka International Peace Center" mengadakan perhimpunan petang semalam. Menurut Iseki, perancang kegiatan itu, kuasa sayap kanan di Jepun kelihatan sengaja menyembunyikan sejarah Jepun meceroboh China. Ramai pemuda Jepun gagal mengenali sejarah ini kerana kekurangan pendidikan sejarah yang sistematik. Menurutnya, hanya dengan memandang tepat sejarah, hubungan Jepun-China barulah dapat melangkah maju ke hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China