Cari:
HK akan Cepatkan Pembaharuan Politik
2014-12-17 14:07:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Leung Chun Ying semalam berkata kerajaan Hong Kong akan mengadakan pungutan pendapat awam pusingan kedua bagi mempercepat pembaharuan politik. Kerajaan akan berusaha mendorong pelan pembaharuan politik diluluskan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga ahli majlis perundangan supaya merealisasikan pemilihan umum Ketua Eksekutif menjelang tahun 2017.

Beliau berkata, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China telah membuat keputusan pada 31 Ogos lalu yang menetapkan rangka pelaksanaan pemilihan umum Ketua Eksekutif Hong Kong. Menurut keputusan itu, pemilihan umum dapat dilaksanakan menjelang 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China