Cari:
Xi Jinping Hadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Pengembalian Makau ke China
2014-12-20 15:31:07 CRI Cetak

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-15 Pengembalian Makau ke Tanah Air China yang juga upacara angkat sumpah kerajaan penggal ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Makau diadakan di Stadium Sukan Asia Timur Makau pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan ucapan. Chui Sai On mengangkat sumpah sebagai Ketua Eksekutif ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Makau. Sementara itu, pegawai-pegawai utama dalam kerajaan penggal ke-4 Makau yang dilantik oleh Dewan Negara pada 30 November lalu turut mengangkat sumpah.

Presiden Xi dalam ucapannya berkata, dengan sokongan besar kerajaan pusat dan tanah besar China, Ketua Eksekutif dan kerajaan wilayah Makau serta tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Makau bersatu padu untuk mendorong pelaksanaan dasar "Satu Negara Dua Sistem" sehingga mencapai hasil yang cemerlang.

Xi menyatakan bahawa masyarakat Makau dan persekitaran luar Makau telah mengalami perubahan besar dalam tempoh 15 tahun lalu. Kita perlu terus berusaha untuk mengukuhkan asas pembangunan sosioekonomi Makau supaya mencapai hasil yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China