Cari:
PBB Terus Sokong Liberia Atasi Ebola
2014-12-20 15:51:37 CRI Cetak

PBB akan terus memberikan sokongan kepada Liberia untuk mengatasi wabak Ebola. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon membuat komitmen ini ketika melawat Liberia semalam.

Beliau dalam sidang akhbar setelah pertemuan dengan Presiden Liberia, Ellen Johnson-Sirleaf berkata, PBB akan terus memberikan sokongan kepada Liberia sehingga wabak Ebola dapat dikawal. Selian itu, PBB akan menghulurkan bantuan dalam pembinaan semula di negara itu nanti.

Ban Ki-moon juga menegaskan bahawa walaupun kita telah mencapai kemajuan dalam mengatasi Ebola, namun masyarakat antarabangsa patut memperhebat langkah pencegahan supaya mengelakkan penyebaran wabak ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China