Cari:
Obama Kecam Pembunuhan Polis di New York
2014-12-22 16:02:40 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama, yang sedang bercuti di Hawaii mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan dua anggota polis di New York.

Obama menyeru kepada semua agar menolak keganasan dan perkataan yang melukakan, sebaliknya mengamalkan perbincangan damai.

Dua anggota polis di New York ditembak mati dari jarak dekat oleh seorang penyerang berketurunan Afrika semasa berada di dalam kereta peronda pada 20 Disember waktu tempatan. Suspek berkenaan kemudiannya melarikan diri ke sebuah stesen kereta api bawah tanah dan membunuh diri dengan menggunakan pistol yang sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China