Cari:
Polis Angola Bebaskan 18 Lagi Warga China
2014-12-23 15:46:19 CRI Cetak

18 lagi warga China yang ditahan dalam operasi polis Angola bagi membanteras pekerja dan pendatang asing tanpa izin pada 19 Disember lalu, dibebaskan semalam. Masih terdapat 13 warga China yang ditahan di Luanda, ibu negara Angola setakat ini.

Lebih seribu warga asing ditahan oleh polis Angola dalam operasi tersebut. Ini termasuk lebih 300 orang warga China yang bekerja dan menjalankan perniagaan di negara itu.

Berikutan itu, kuasa usaha sementara Kedutaan Besar China di Luanda, Li Chong mengemukakan bantahan keras kepada pihak berkuasa Angola atas tindakan polis Angola tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China