Cari:
China Tentang Serangan Siber, Keganasan Melalui Internet
2014-12-24 13:38:32 CRI Cetak

China menentang serangan siber dan kegiatan keganasan melalui internet dalam apa-apa juga bentuk. Demikian yang dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Dalam sidang media tersebut, wartawan telah mengemukakan soalan berkenaan dengan syarikat China, Unicom yang menjadi penyedia perkhidmatan rangkaian utama bagi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan meminta pihak China memberikan maklumat terperinci tentang perkhidmatan internet yang terputus di DPRK baru-baru ini. Wartawan itu juga bertanya tentang AS yang meminta China memaklumkan DPRK bahawa serangan siber DPRK terhadap AS adalah tindakan yang tidak boleh diterima, namun mengapa sehingga kini China masih belum memberikan sebarang maklum balas secara langsung kepada AS.

Menyentuh tentang soalan-soalan tersebut, Hua berkata bahawa China berpendirian tegas dan konsisten dalam usaha menjaga keselamatan siber, di samping menentang sebarang negara atau tindakan individu yang mengeksploitasi kemudahan negara asing untuk melancarkan serangan siber terhadap negara ketiga. AS dan DPRK diharap mengadakan komunikasi mengenai hal tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China