Cari:
Rusia Ambil Tindakan Balas Hadapi Perluasan Kuasa NATO
2014-12-26 14:26:31 CRI Cetak

Rusia akan melaksanakan langkah-langkah tindakan balas yang sewajarnya bagi menghadapi perluasan kuasa NATO ke arah timur.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Alexander Lukashevich, dalam sidang media semalam berkata, pendirian Rusia dalam isu keanggotaan Ukraine dalam NATO adalah jelas. Perluasan kuasa NATO ke arah timur yang mungkin berlaku, bukan sahaja membawa kepada perubahan situasi ketenteraan dan politik di Eropah dan seluruh dunia, tetapi juga secara langsung akan menjejaskan kepentingan keselamatan Rusia. Rusia terpaksa mengambil tindak balas yang difikirkan perlu.

Tambah beliau, Parlimen Ukraine baru-baru ini meluluskan rang undang-undang pelepasan status berkecuali. Hal ini tidak bersesuaian dengan latar belakang situasi di timur Ukraine yang sudah menampakkan tanda-tanda reda. Rusia tidak memahami tindakan Ukraine tersebut.

Rusia percaya Ukraine beralih kepada NATO dalam hal-ehwal luar dan dalaman tidak akan membantu menyelesaikan krisis Ukraine, sebaliknya akan menyebabkan Ukraine terperangkap dalam krisis politik dan ekonomi yang lebih teruk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China