Cari:
Kadar Inflasi Rusia Dijangka Lebih 10%
2014-12-27 16:51:21 CRI Cetak

Kadar inflasi Rusia bagi sepanjang tahun 2015 dijangka melebihi 10% ekoran tekanan ekonomi yang dihadapi. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Alexey Ulyukaev kepada pihak media semalam.

Beliau berkata, adalah amat sukar bagi Rusia memperoleh pinjaman dari negara asing sekiranya harga petroleum kekal pada kira-kira USD 60 setong, di samping negara-negara Barat terus mengamalkan sekatan ekonomi terhadap Rusia. Sementara itu, sejumlah besar modal asing dijangka akan ditarik balik dari Rusia. Pemulihan ekonomi Rusia dijangka ditangguhkan ke tahun 2016 memandangkan persekitaran luar yang penuh mencabar.

Walaupun berdepan dengan kadar inflasi yang tinggi, namun menurut Ulyukaev, pihaknya tidak akan melaksanakan pencatuan barangan bagi menstabilkan harga barangan, kerana tindakan ini tidak berfaedah bagi pemulihan ekonomi negara itu.

Tambah beliau, nilai mata wang Rusia kini menunjukkan trend peningkatan yang amat ketera. Tindakan bank pusat Rusia meningkatkan kadar faedah utama berjaya membanteras kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran asing, dan memainkan peranan penting dalam menstabilkan nilai mata wang ruble.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China