Cari:
Laporan Tahunan diplomasi Rusia
2014-12-28 16:48:27 CRI Cetak

Laporan tahunan diplomasi 2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia semalam mendedahkan hala tuju dasar luar negara itu pada tahun depan. Laporan tersebut turut mengeluarkan isyarat positif bahawa hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU) tetap menjadi keutamaan dalam dasar luar Rusia dalam beberapa tahun akan datang.

Menurut laporan itu, walaupun EU menyatakan kesediaan untuk meneruskan dialog positif dengan Rusia dalam sidang kemuncak kedua-dua negara di Brussels pada Januari lalu, tetapi hubungan Rusia-EU masih mengalami kebuntuan. EU menggantung kerjasama bilateral dalam kebanyakan bidang, selain mengenakan sekatan secara sepihak ke atas syarikat, tokoh politik dan ekonomi Rusia. Sebagai tindakan balas, Rusia juga melaksanakan sekatan selama setahun terhadap produk pertanian negara anggota EU.

Kini, jumlah perdagangan bilateral Rusia-EU menurun secara berterusan. Bagaimanapun, interaksi antara kedua-dua pihak dalam rangka Pelan Kerjsama Sempadan masih diteruskan, dan kebanyakan projek dalam pelan itu telahpun dilanjutkan hingga ke hujung tahun depan. Selain itu, kedua-dua pihak juga sedang membincangkan projek kerjasama hingga tahun 2020.

Laporan itu juga menyebut, Rusia komited mendorong integrasi di Eropah dan Eurasia, dan sudah bersiap sedia untuk mengadakan dialog substantif dengan EU berhubung hal ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China