Cari:
NATO Akhiri Misi Pertempuran di Afghanistan
2014-12-29 14:11:31 CRI Cetak

Walaupun misi pertempuran pasukan NATO di Afghanistan selama 13 tahun akan berakhir, tetapi NATO tetap menjalankan misi pertahanan di seluruh Afghanistan dan terus memberikan bantuan kepada negara itu. Demikian dinyatakan Komander Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa NATO ke Afghanistan,John F. Campbell semalam.

Menurut resolusi Majlis Keselamatan PBB, tempoh tugas pasukan NATO di Afghanistan akan berakhir pada 31 Disember. Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, ketika di Brussels pada 1 Disember lalu menyatakan bahawa operasi yang berkod "sokongan tegas" bagi NATO di Afghanistan yang bukan misi pertempuran akan bermula pada 1 Januari tahun 2015.

Menurut maklumat berkenaan, misi tersebut adalah untuk menyediakan latihan, perkhidmatan perundingan dan bantuan kepada pasukan keselamatan Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China