Satu aktiviti larian amal telah diadakan di Haikou, provinsi Hainan, China pada pagi 28 Disember lalu sempena sambutan tahun baharu.
Aktiviti yang bertemakan "Larian Kesayangan" itu bertujuan mempromosi gaya hidup yang sihat, di samping meningkatkan keprihatinan orang ramai terhadap usaha kebajikan. Aktiviti itu disertai oleh lebih 3,000 orang.