Cari:
Identiti Mangsa Maut Rempuhan di Shanghai Dikenal Pasti
2015-01-02 13:16:56 CRI Cetak

Menurut maklumat pejabat penerangan kerajaan Shanghai yang disiarkan dalam mikroblog, kejadian rempuhan yang berlaku di Waitan Shanghai pada 31 Disember tahun lalu telah mengakibatkan 36 orang maut dan 47 orang lagi cedera. Identiti bagi 32 mangsa maut yang telah dikenal pasti sudah diumumkan, manakala bakinya sedang disiasat.

Menurut Jabatah Hal Ehwal Taiwan Shanghai, atas usaha jabatan berkenaan, anggota keluarga dan rakan sepejabat penduduk Taiwan, Zhou Yian, yang maut dalam kejadian itu telah tiba di Shanghai malam semalam.

Setakat ini, masih ada seorang penduduk Taiwan yang cedera dalam kejadian rempuhan tersebut dan sedang dirawat di hospital.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China